Koperasi UTM Berhad (KUTMB) menjalinkan kerjasama strategik bersama
EZ Qurban bagi menyediakan kemudahan penyertaan Program Korban dan Akikah kepada anggota serta masyarakat.
Melalui pelantikan sebagai Hab EZ Qurban Zon Selatan, KUTMB berperanan membantu memudahkan urusan pendaftaran, penyampaian maklumat dan
penyertaan ibadah korban serta akikah, khususnya bagi masyarakat di Johor dan kawasan sekitarnya.
Kerjasama ini bertujuan memberikan akses yang lebih mudah kepada individu dan keluarga yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pakej korban dan akikah online, lokasi pelaksanaan serta prosedur pendaftaran yang ditetapkan.
KUTMB sentiasa komited untuk membantu peserta mendapatkan perkhidmatan yang teratur, mudah dan diyakini, di samping menitikberatkan aspek amanah, ketelusan serta pematuhan terhadap prinsip Syariah.